
"Kalau kau fikirkan kau BOLEH, kau hampiri KEJAYAAN, Kalau kau fikirkan RAGU2 usahamu TIDAK MENENTU"
Assalamualaikum, waktu ini aku berada di Hotel Mega Miri, Sarawak dan sedang menunggu untuk ke rumah seorang lagi rakan perniagaan Pn Norjanah di Jalan Berembang 8. Pn Norjanah adalah ibu kepada seorang lagi rakan perniagaan aku di Putrajaya, Norazian. Siang tadi setibanya aku di hotel ini, aku telah bertemu seorang rakan perniagaan dari Brunei, Tn Hj Tamit Hj Jais yang datang bersama sepupunya Saudara Nizam. Tn Hj Tamit ni staff Kerajaan Brunei baru join awal bulan 8. Beliau menghubungi aku pada pertengahan minggu lepas nak order 10 kotak asalnya. Em cantiklah tu kataku kerana aku pun nak ke Miri hujung minggu ini. Em... dia kata kalau macam tu bawakan 20 kotak sekali untuk stok sebab dia kata kat Brunei susah nak dapat bekalan. Ramai dah tanya susu tu. Bagus betul Tn Hj ni, berminda bisnes. Bila aku kira2 pv dia baru 1800+-. Aku cadangkan tambah lagi 2 kotak jadi 22 kotak untuk mencukupkan bulan ni 25 kotak pembelian peribadi 2000 pv dan beliau akan mendapat bonus jualan peribadi 2lot termasuk bonus lain2 lebih kurang 400 lebih. em... berduit juga dia nanti. Gedabak juga aku bawa semua susutu naik kapal terbang. Aku akan masukkan gambar dia dan sepupu bila dah balik putrajaya nanti. InsyaAllah beliau akan ke taklimat yang Che Din akan adakan di Brunei pada 2 hb September nanti.
Kay sambung sikit projek indonesia.... Balik dari Smart Naco Jakarta kami pekena nasi padang... sedap giler....pastu balik terus ke rumah...rilek jap.... penat (macet) traffic jam lama banget. Keesokan hari, Sabtu kami ke Jakarta Selatan, rumah Pak Iskandar untuk majlis reunion Pak Pyan dan disambung dengan taklimat perniagaan oleh investor dari Malaysia. he!he! Memang ramai memberikan perhatian dengan peluang yang diberikan. Seterusnya di waktu petang kami ke rumah Pak Rizal sementara menunggu program Bakar ikan dan ayam di rumah Pak Mas'ud. Bila nak bertolak selepas maghrib, lampu kereta pulak tak menyala... em... rupa2nya fius lampu dah nak rosak. nasib baik boleh dibaiki ... terus ke rumah Pak Mas'od.... okey... sambung lagi ke siri seterusnya... nak ke rumah Pn Norjanah, miri...
Sesape nak bersama mengalami pengalaman sebegini, mari sertai perniagaan bersama SST
Assalamulaukum semua....
Perjalanan dan pengalaman aku ke Indonesia bersama2 SPD Che Din, PD Roshidi, dan Safian memang tidak aku duga sama sekali. Tidak pernah aku bermimpi untuk ke luar negara atas dasar perniagaan... Waduh... terasa macam pengusaha besar..... Rombongan kami dikenali oleh kenalan di Indonesia sebagai Bapak2 Investor dari Malaysia. Pengalaman aku tiba di Airport bersama2 PD Rashidi dan Safian disambut oleh SPD Khairul Aza, SPD Zul, PD Ashrie dan SPD Che Din. Tergamam jugak aku bila bos2 besar menghantar kami semua untuk ke Indonesia.. antara tujuan untuk merakamkan video untuk kumpulan SST nanti. Memang banyak betul projek mereka....Tabik2. Tak lama lepas tu PD Halim pun tiba... rupa2nya dia ikut sekali....so 5 orang ke Indonesia. SPD Che DIn, PD Halim dan PD Rashidi masuk balai berlepas dulu sementara aku dan safian mencari pejabat pos untuk membeli sampul ekspress dan mengepos beberapa vcd untuk prospek yang agak lama aku tak hantar lagi. Jadi sementara aku kat Indonesia, mereka sempatlah menonton vcd tu. jimat masa dan masa aku pulang nani boleh terus follow up. Lepas solat, aku dan safian bergegas ke balai berlepas sebab masa boarding dah tiba... KLIA canggih..... guna passport elektronik..... laju je pemeriksaan kastam. pastu naik tren khas untuk ke zon satelit kapal terbang. Maklumlah pertama kali naik international airport. aku dan safian berpusing pusing mencari jalan ke kapal terbang sampai tersilap masuk ke pintu maintenance. Yang buat kelamkabut tu pulak pintu tu menggunakan access card.
masuk boleh keluar kena guna pass.... mana pulak aku nak cari pass sebab pintu dah terkunci...KLM, kapal terbang yang aku naik dan panggil final call..... nasib baik ada brader dekat2 kawasan tu mintak tolong bukakan pintu.... kalau tak... terlepas kapal... fuh!!! selamat....
Sampai ke Airport Jakarta, Mak Aiii!!!! panjangnya Q... pintu masuk ke Indonesia macam Airport Subang kita yang dah tutup tu... nak buat camna... beraturje lah panjang2. bila dah settle kat bapak kastam, tunggu temannya Bapak Safian. tak lama pastu, temannya tiba. Disebabkan planning asal dah lari dan tak sempat nak maklumkan temannya ahli dah bertambah, mereka tak sempat siapkan ruang yang cukup sebab dah bertolak dari rumah mereka bersama isteri dan anak2 masing. Seronok safian bertemu rakan2 yang dah 6 tahun tak jumpa. kemudian SPD Che Din dan PD Halim menginap di hotel di Jakarta dekat dengan pejabat Smart Naco Mangga Dua Square manakala kami yang lain naik 2 mobil menuju ke Tanggerang. Perjalanan agak2 dalam 2 jam. tetapi kami singgah tak pasti dimana untuk solat maghrib. Pastu pekena Teh Botol....
. teh botol???? bentuknya macam coca-cola dalam botol dulu....

Tiba di rumahnya bapak Yudi Arman di Pondok Aren, Tanggerang kami keletihan..... Malam tu cuma aktiviti suai kenal aja. temannya Dede tiba untuk bersama2.
Pagi Jumaat program kami bersama Dede ke Kantor Pusat Smart Naco Indonesia dibawa oleh Pak Yudi menaiki mobilnya. perjalanan agak jauh juga dalam hampir 2 jam dan ruang mobil agak sempit.... setiba di gate untuk ambil tiket parking, tayar mobilnya meletup...
waduh.... kenapa bisa jadi begini.... nasib baik dah nak sampai.... so terjadilah acara tukar tayar spare.....

Aku teringat pengalaman aku untuk promosi susu setelah seminggu aku menyertai SST. Accident!!!! begini juga yang terjadi pada Pak Yudi... Ban (tayar) mobilnya pecah. Cobaan kataku!!!! terusin!!! pasti jaya!.
Selesai tukar tayar... kami terus ke Kantor Smart Naco dan Bapak Yudhin, pengurus pemasaran di sana memberi taklimat pelan pemasaran...

dan ianya sama dengan Malaysia. Lalu kami daftarkan Pak Yudi dan Pak Dede sebagai orang kuat kami disana.
Akan aku sambung lagi....
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam aku menghadirkan diri ke Seminar dan Latihan yang diadakan di First Business Inn, Kuala Lumpur. Walaupun ramai Leaders tak hadir, tapi program berjalan lancar. Dah lama aku tak hadir meeting sejak demam denggi dulu... tapi kini meraih semangat kembali. Program ke Indonesia sedang diatur.... Tiket untuk ke Jakarta telah aku bookingkan untuk SPD Che Din, PD Roshidi dan rakan ku Safian. Tapi aku punya belum boleh beli lagi sebab passport tak approve lagi. So tunggu approve baru beli tiket. Untuk makluman ahli rakan perniagaan semua.... Tambang tiket pergi balik ke Jakarta paling murah sekali guna KLM (http://www.klm.com) yang berharga RM308 termasuk cukai. tapi kena pergi pada hari tertentu sebab hari2 lain ada tiket mahal. jadi rancang perjalanan anda. Aku tengah update wensite aku dan create semula untuk rakan niaga aku yang dulunya guna .myniaga.net sebab SPD Che Din punya dah crash. So aku pun kena pulun buat sorang2 semula. tapi takpa.... service....Ok sampai di sini dulu.... lain kali sambung... Oh ya.... aku nak ke Miri, Sarawak.... urusan kerja seminggu tapi ambil kesempatan kalau boleh jumpa dline2 kat sana...Ok... mencoret lain kali... Salamz....
Nak tengok laman web baru aku dan sesape yg nak VCD percuma klik sini..
Alhamdulillah.... aku mula bersemangat untuk mencoretkan jurnal .... terima kasih bagi mereka yang mendoakan kesihatan aku... bila aku baca jurnal Azura_hasni.... lebih bersemangat lagi rasanya.. waduh.... terror lagi dari aku mengisi jurnal....... Alhamdulillah... ada pewaris....Pengalaman aku bila kena demam denggi memang memeritkan.. nasib baik aku yang kena di rumah... anak2 dan isteri tak kena... kalau anak2 kena lagi parah...Bersyukur ada IgG untuk diminum.... sebagai penahan daripada virus terus merebak.... tiap2 hari aku kena pergi klinik dan hospital check darah... hari pertama check platlet darah 84.. doktor kata kalau kurang dari 60 kena masuk wad. platlet yang ok antara 200 ke 500. hari ke 2 check turun 74... arghhh... aku taknak masuk wad.!!!! takpa... cuba makan buah naga yg isi merah dan minum memanjang air 100 plus... tu jer yang boleh masuk.... makanan lain bila masuk sume keluar balik... bau minyak masak pun terasa busuk sangat... macam orang mengidam lak.... lepas seminggu.... baru platlet naik 220... emm... lega... doktor kata tak perlu ambil darah lagi.... platlet darah dah meningkat... dan bagi mc lagi seminggu untuk hilangkan simptom denggi... badan dan tulang2 masih sakit lagi.... MC duduk rumah jer lah..berehat...
Aku dah terfikir... bila balik opis mesti ramai tanya guna IGG pun kena denggi?? em... camna nak jawab... nnt diorang tak caya dengan IgG lak.... bila fikir2 ramai kawan aku kena sampai masuk wad sebab badan tak dapat lawan virus denggi tu tapi badan aku berupaya mempertahankan pergerakan virus tu. Demam Denggi ni bukan macam demam biasa... bila nyamuk dah inject... kena tu memang kena sebab virus yang masuk tu lebih kuat dari virus demam biasa dan boleh membunuh..... lalu aku gunakan keadaan aku untuk meyakinkan orang tentang keberkesanan IgG....
Kini, aku bertambah semangat untuk menggerakkan IGG ke pelusuk rantau....InsyaAllah aku akan ke Indonesia bersama Safian, Che Din dan Rashidi untuk mengegarkan kawasan di sana...pada 17 - 20 Ogos nanti...itu pun kalau imigresen luluskan pasport aku yang hilang dulu tu... kalau tak ....diorang jer lah yg pergi.....
Ok.... samai disini dulu coretan aku...... nanti sambung lagi...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ribuan Maaf ku pinta, walaupun lama lagi nak raya, sekiranya ada tersilap bicara, bukankah kita hanya insan biasa.
Lama sudah aku tak update journal ni..... ada saja program yang mendatang. Minggu lepas iaitu minggu terakhir bulan mei memang sibuk. Di hari sabtu memang cuti am bagi kerjaya utamaku di Kerajaan. Waktu itu bermula semula kerjayaku mempromo susu. Ada banyak appointment pada hari sabtu tu. Pada awal pagi tu sempat aku mengirimkan sms kepada hampir semua downline yang aku ketahui nombor handphone mereka. Mengucapkan tahniah kepada senior manager, manager dan mereka yang dah dapat habuan usaha. Semasa aku sedang beli sarapan, ada lak sorang downline aku telefon nak ajak makan tengah hari di rumahnya di Puncak Alam. Selalunya dia memang sibuk kerana dia seorang pegawai kanan kerajaan. Tetapi aku terpaksa menolak kerana jadualku pada hari itu amat ketat. Aku telah membuat temujanji untuk bertemu seorang ahli baru Kak Nor Azian, Pensyarah dari UIA Gombak pada pukul 10 pagi untuk menghantar susu dan menerangkan serba sedikit mengenai bisnes ini. Lepastu Pukul 12 aku perlu juga berjumpa Zulizanif, downline kepada Azura yang datang dari Johor Bahru ke rumah saudaranya di Salak Selatan, KL untuk menghantarkan susu. Macam biasa, tak sah kalau aku tak cerita pasal kebaikan susu, plan marketing dan bisnes ini. Lepas tu pukul 1.30 petang aku perlu bertemu Ustaz Mazlan di Bandar Tasik Selatan mengambil duit untuk beli susu dan hantar pada abangnya di Kelantan. Aku terpaksa bergegas ke rumah di Putrajaya mengambil isteri tersayang Sarina sebab dia ada latihan bola jaring pukul 3 petang... Emmm, bersukan lah pulak... ada pertandingan minggu hadapan rupanya. Setelah menghantar ke tempat latihannya, aku bergegas ke Ampang untuk satu sesi penerangan pelan perniagaan kepada Downline Arul kepada beberapa orang ahli keluarganya dan kenalan arul (3 orang yang datang mendengar tu sekarang dah jadi ahli). Nasib baik aku dah pesan pada Sarina untuk pulang ke Puchong, rumah mak dia selepas latihan bola jaring kerana aku selesai bagi taklimat hampir pukul 7 malam. Aku lupa nak tukar tayar kereta yang dah botak sebab esoknya nak ke Kuantan ada saudara kenduri. Aku juga ambil kesempatan berjumpa Downline Azmi di Kuantan untuk memberi taklimat ringkas. Ok berbalik pada tayar tadi. Nasik baik di Ampang tu ada satu lagi kedai tayar yang masih buka dan sempat jugalah aku selesaikan masalah tayar. Sampai ke Puchong pun hampir pukul 8.30 malam dan rehat kejap. Pukul 9.30 aku berjumpa dengan sorang lagi downline Rohana di Sri Kembangan tapi suaminya saja yang dapat jumpa. itupun hujan dah mula turun. Sempat juga aku bagi VCD Marketing plan dan SST Manual untuk santapan minda dihari minggu. Balik ke Putrajaya, sembahyang dan terus flat......
Keesokan harinya bergegas ke Kuantan bersama keluarga isteri. Lepas kenduri aku bertemu Downline Azmi di Kuantan dan sempat menyerahkan VCD Marketing plan dan SST Manual untuk rujukan. Dia baru pulang dari memancing. Emm.... sempat lagi yer dengan hobinya. Walaupun aku memang minat sangat memancing, tetapi terpaksa aku korbankan hobi tu sekejap untuk menumpukan pada sesuatu yang lebih penting.... FOKUS...... SMART Success Team.
Prospek Online pada yang aku hantar pada minggu ke 3 bulan Mei mendapat response yang menggalakkan. Tidak kurang 4 orang telah menyertai dan membantu meningkatkan jualan bulan Mei. Tahniah untuk mereka yang bertindak pantas dan ingin berusaha.... bak kata omputih " When there's a WILL, There's a WAY"
Setakat ini dulu coretan kali ini.... Sori yer Che Din lama tak update journal ni. InsyaAllah kita sama2 berusaha untuk berjaya.
KEJAYAAN SAYA TANGGUNGJAWAB SAYA
Faidzal 017-2388381
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya kesempatan untuk menulis muncul pada setiap hujung minggu. InsyaAllah akan aku cuba usahakan sekerap mungkin. Sorotan minggu lalu, memastikan prestasi kumpulan terus meningkat. Untuk bulan April, seramai 9 orang ahli telah mencapai pangkat Senior Manager dan 6 orang Manager.
Tahniah kepada para Senior Manager
Zaleha Hashim, Kairol Rasad, Zainal Md Nadzri, Rosliza Hashim, Kusaimah Sahak, Mazelley Ismail, Mohd Yusof Abdullah, Noraziah Kamaruddin, dan Jalilah Jendol.
Tahniah juga kepada Manager bulan April 06
Sharifah Ismail, Mohd Firdaus Jauri, Zuriyanti Abdul Hamid, Nor Azura (Norhasni Idris), Halimah Sulaiman dan Sabariah Sulaiman
Untuk Rekod, Nor Azura (Norhasni Idris) telah memecahkan rekod dengan mencapai pangkat Manager dalam masa 3 HARI selepas penyertaan dalam kumpulan SST. Tahniah!!!!
.
Bagi anda yang belum menyertai kami, sila Klik DI SINI
Aku akan mempunyai web hosting sendiri tidak lama lagi...... jadi ahli yang menyertai akan mendapat bukan saja VCD PERCUMA tetapi WEB PERCUMA juga bagi yang nak buat online.... Mudah keje aku nanti... web template pun dah ada untuk dikerjakan...
Setiap ahli yang menyertai SST perlu mempunyai strategi perniagaan untuk pantas berjaya. Jadi amat penting kita mengenalpasti downline yang mempunyai potensi untuk menjadi President Director. Kita perlu memastikan ahli tersebut mencapai tahap President Director dalam tempoh yang dirancang. Aku telahpun mengenalpasti beberapa orang downline yang berbakat dan berpeluang untuk menjadi President Director dalam tempoh masa terdekat.
Hujung minggu ni aku membantu Azura, hyper downline membeli notebook untuk membantu mengembangkan perniagaan terutama secara online. Sabtu lepas dah aku settle kan perkara tersebut. Dia dah pun beli beberapa buku yang Sifu Khairul Aza cadangkan untuk baca untuk tugasan hujung minggunya. Aku.... sibuk memanjang..... mencari dan mengumpul email untuk diposkan serat jemptan istimewa. Aku terpaksa meminta bantuan Sifu Net Che Din untuk mendapatkan tajuk emel yang panas. Che Din bagi Idea dan aku cuba merealisasikan maksudnya. Aku modify format html guna frontpage pastu paste kat bulk mailer. Sumbat semua gambar cek Che DIn yang berpuluh ribu tu. cantik..... cover mel dah siap, malam ni aku dapat korek lagi hampir 3000 email untuk di jemput2. Well, sibuktu memang sibuk tapi hajat nak jadi PD tu yang buatkan aku tak ingat mengantuk dan penat. FOKUS>>>>>. Minggu lepas dah hantar hampir 10 vcd, InsyaAllah minggu ni ada lagi prospek yang membalas membalas jemputan aku tu.
la ni pun dah hampir 3 pagi hari isnin, nak get ready gi tido..takut lambat terjaga lak. Aku ingin juga menyarankan agar setiap ahli yang menyertai perniagaan ini berusaha sekuat yang mungkin untuk tempoh permulaan ini. Lepas tu bolehlah bernafas lega sikit bila bisnes dah stable. Ingan kan diri aku dan juga setiap ahli agar selepas solat, doakan agar Allah permudahkan urusan dan kejayaan perniagaan ini agar ahli dapat berjaya serta meningkatkan ekonomi umat serta doakan agar mereka yang menggunakan produk ini mendapat manfaat dan pulih dari kesulitan dan kesakitan. InsyaAllah..
kita sambung story lain kali yer..... masa untuk Bom2
Klik Sini Untuk dapatkan VCD PERCUMA
Faidzal 0172388381
Assalamalaikum dan salam sejahtera.
Kepada Warga SST dan Pemerhati....
Hari ini merupakan hari untuk warga SST untuk menyemak PV bulan April 2006. Walaupun sibuk bermesyuarat sejak pukul 9 pagi, aku tidak lupa untuk memeriksa PV bulanan. Sejurus habis mesyuarat, aku menghubungi HQ untuk mendapatkan maklumat bagi membantu perancangan seterusnya.
Bulan pertama, aku hanya mendapat RM12.30, dan bulan kedua.....RM1,051.51.
CONFIRM dah naik pangkat. Bulan ke 2 iaitu Mac 2006, MANAGER dan bulan ke 3 (April 2006) dah DIRENTOR. Eh, cepat pulak rasanya naik pangkat ni. Memang mula2 masuk perniagaan ini, rasanya nak naik Direktor ni mungkin makan masa sekurang-kurangnya 6 bulan kalau kerja keras. Tapi aku dapat mencapainya dalam masa 3 bulan saja. Wah, tinggal satu lagi takuk untuk mencapai Presiden Direktor... kira2 pendapatan bulan ini pun tak kurang dari 4 angka. Well, berkat usaha ahli kumpulan yang sentiasa memberikan sokongan. Itulah kuasa NETWORKING dan SALES dalam MLM. Pada peringkat awalnya aku banyak menggunakan kaedah Offline, tapi kini telah berubah kepada sepenuhya ONLINE. Aku rasa lebih mudah untuk bergerak menggunakan internet.
Bagi ANDA yang belum menjadi ahli dan ingin mendapatkan KUASA ONLINE di atas, KLIK DI SINI
Seperti yang Che Din maklumkan masa Meeting di Stokis Bangi pada 14 Mei 2006, untuk berjaya dalam MLM, 2 kombinasi penting perlu sentiasa ada. 1= Networking, yang akan menghasilkan ahli rangkaian perniagaan yang ramai dan terus berkembang dengan adanya ahli2 yang ingin berjaya seperti upline2 yang lain. 2= Sales, tanpa jualan samaada untuk kegunaan sendiri atau mereka yang suka berniaga, Syarikat tidak dapat membayar bonus kepada ahlinya. Jadi Jualan adalah penting untuk memastikan poket kita berisi kemudian hari. Oleh itu, syarikat mempunyai produk yang mampu menjana jualan berterusan berasaskan keahlian baru dan recurring sales.
Aku berusaha memujuk Che DIn untuk mengadakan Meeting di Stokis Bangi kerana beberapa orang ahli rangkaian aku tidak dapat hadir semasa Meeting di First Business Inn, Kuala Lumpur. Aku ingin memastikan mereka yang benar2 ingin berjaya mendapat ilmu dan galakan yang berterusan. Aku membaca Journal Master SIFU SPD Khairul Aza baru2 ini mengatakan MEETING ini IBARAT MANDI. Jadi Meeting yang diadakan sebulan sekali ni kalau miss memang kurang segar lak. Kalau kita kerap mandi, badan kita akan sentiasa segar dan bersih. Begitu juga dalam perniagaan ini. beliau juga berkata AHLI YANG TIDAK PERNAH HADIR MEETING SUKAR UNTUK BERJAYA. Jadi, walaupun jauh atau dekat, terutamanya meeting bulanan, usahakan untuk hadir bagi menyegarkan minda dan semangat dalam perniagaan ini. Aku juga bangga bila seorang anak didik aku dijemput untuk bercakap di hadapan ahli yang lain untuk menceritakan pengalaman dalam perniagaan ini walaupun hanya baru menyertai rangkaian SST. Semangat yang kental dan berani itu memberitahu sudut hatiku yang anak didik ini akan berjaya dalam perniagaan ini lebih awal dari yang aku lakukan. Itu semua adalah KERJASAMA dan SOKONGAN yang Kumpulan berikan iaitu PLATFORM untuk BERJAYA.
InsyaAllah aku akan mulakan langkah seperti upline yang lain untuk mendekati ahli rangkaian yang berada jauh di perantauan. Untuk permulaan, hujung bulan Mei ini aku akan berjumpa dengan ahli di KUANTAN untuk sesi coaching. Bulan depan pula aku akan mengikuti SIFU2 untuk ke Senawang. Aku telah mempunyai ahli rangkaian di Selangor, Putrajaya (Paling Ramai), Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini bakal menembusi pasaran Indonesia InsyaAllah.
Aku kini sedang bergerak sepenuhnya menggunakan INTERNET. Bagi Anda yang ingin bermula menggunakan kaedah ONLINE, KLIK DI SINI dan saya akan curahkan ilmu internet ini. Bagi anda di PUTRAJAYA, SELANGOR dan KUALA LUMPUS, buleh request untuk direct coaching. Buat appointmet dulu ye.
Dah awal pagi ni. nak sambung tido..lain kali beborak lagi yer....
Faidzal 017-2388381 http://www.igg.myniaga.net
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ahli SST dan pembaca yang belum menjadi ahli,
Baru kini aku berpeluang untuk menulis lagi di journal ini. Memang sibuk kebelakangan ini. Bagaimanapun aku akan berusaha untuk update journal ini. Untuk minggu ini, aku banyak meluangkan masa bertemu ahli rangkaian perniagan ku yang ingin berusaha dan maju bersama-sama. Minggu ni juga aku telah menghadiri taklimat produk Susu IgG dan Green Factor oleh En Yunus. Memang banyak perkara baru yang aku pelajari. Alhamdulillah, sebahagian besar yang aku perkatakan pada ahli dan bakal ahli selaras dengan apa yang En Yunus sampaikan. Memang aku perasan sendiri sebab walaupun belum menghadiri kelas produk sebelum ini, aku berjaya menguasai sebahagian ilmu susu igg. Ini berkat aku membuat kajian sendiri di samping rujuk kepada bahan bacaan dari internet dan pertanyaan dari sifu2. Ingin aku juga sarankan di sini bahawa setiap ahli perlu berusaha untuk mempelajari ilmu produk sebanyak mungkin melalui pembacaan, pengalaman dan pelbagai cara lagi. Aku ada membuat salinan presentation slide dari Kelas Produk dan akan aku edarkan kepada ahli yang berminat. Memang aku faham tak ramai ahli dapat meluangkan masa untuk menghadiri kelas kerana faktor masa dan keluarga.Jadi aku buat strategi menghantar kelas ke rumah2 ahli dan belajar melalui vcd dan bahan yang sedia ada.
Setiap ahli yang menyertai rangkaian aku akan dibekalkan dengan sekeping vcd testimoni bagi yang belum dapat serta VCD Pelan Pemasaran yang telah aku burn khas untuk ahli. Bulan pertama setiap ahli menyertai rangkaian aku, aku sarankan agar berusaha untuk memahami tentang produk dan pelan marketing agar mereka dapat memberikan cadangan dan saranan yang bersesuaian kepada bakal pelanggan. Disamping itu, pemahaman Pelan Pemasaran penting untuk meyakinkan bakal ahli untuk menyertai rangkaian. Kalau kita tunjuk kepada bakal ahli yang upline dah dapat beribu2 ringgit tetapi tak berupaya untuk menerangkan bagaimana duit tu diperolehi. Kantoi nanti. Kalau nak menaja pastikan kita tahu apa yang kita cakapkan. ELAKKAN CAKAP KOSONG! Jangan jadi seperti burung kakaktua yang tau bercakap tapi tak tau makna. AKU AMAT MENGUTAMAKAN AHLI DI RANGKAIAN kerana mereka yang menjayakan perniagaan ini. Mana2 ahli rangkaian aku yang belum perolehi VCD pelan pemasaran, hubungi aku untuk mendapatkannya PERCUMA. Aku usahakan untuk BAWA KELAS KE RUMAH disamping CABARAN INSENTIF untuk ahli yang layak. SETIAP AHLI YANG MENCAPAI TAHAP MANAGER YANG BERKEMBANG AKAN MENDAPAT INSENTIF YANG AKU SEDIAKAN. ISTIMEWA.
Sekarang ni aku nak bawa kerabat isteri aku untuk shopping kain di Nilai 1, Maklumlah, adik ipar nak kawin bulan hujung Julai nanti. Banyak lagi aku nak cerita tapi nanti lepas habis nanti aku cerita lagi.
Bagi sesiapa belum mendapatkan VCD TESTIMONI PERCUMA, Klik Link tadi. 
FAIDZAL 017-2388381

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bulan April akan berakhir. Bagi yang tahu seba sedikit mengira bonus yang bakal diperolehi, masa inilah yang agak kritikal melihat semula sama ada rancangan untuk bulan ini mencapai sasaran atau sebaliknya. Aku telah melihat prestasi ahli di rangkaian dan amat berpuas hati. Aku agak terkilan sedikit tetapi bukan pada ahli. Sememangnya aku bangga dengan ahli rangkaian yang tak putus-putus menghubungi aku sama ada melalui sms, telefon, email dan sebagainya.
Terkilan sedikit kerana mungkin tak dapat menikmati Special Bonus untuk DI sebab jualan kumpulan telah Burst melebihi syarat kelayakan. Waduh, melepas RM1000... Nak buat cam mana, asalkan ahli dapat merasai bonus, itu sudah melegakan.
Bulan Mac 2006, aku telah melahirkan 5 orang Manager, dan aku (Sarina) telah mencapai tahap Senior Manager tapi pendapatan Manager. Bulan ini aku menjangkakan akan melahirkan seramai 6 orang Manager baru dan 5 orang Senior Manager. Manakala yang pasti bulan ini aku(Sarina) bakal bergelar Director. Fuh!!! Bulan pertama Distributor, Bulan ke Dua Senior Manager dan Bulan Ketiga Director. Aku akan berusaha mengukuhkan rangkaian setiap cawangan(Kaki) supaya hasrat menjadi President Director menjadi kenyataan. Jangkaan adalah bulan Jun 2006. Tetapi sekiranya melihat prestasi sekarang, memungkinkan aku mencapainya sama ada bulan Mei atau Jun.
Di sini juga aku ingin mengucapkan tahniah pada Cik Azura-Hasni yang berjaya mencapai pangkat Manager dalam masa 3 hari penyertaan. Pencapaian yang sungguh memeranjatkan dan Tabik SPRING!!! Tiga Kali.
Aku yakin dia akan menjadi President Director lebih cepat dari aku. He!he! He!Program Mentor! Takpa Tok guru tak marah.... Suka!!!!
Dia dah mula pasang strategi dan pandai juga meniaga. Itu yang dinamakan kurniaan Ilahi.... Pada yang lain.... teruskan usaha... pasti akan berjaya... Aku telah memulakan Program Insentif sendiri. Aku pun dah maklumkan pada semua ahli rangkaian untuk menyahut cabaran insentif yang aku sendiri sediakan. Bagi pembaca yang masih belum menjadi ahli Smart Succes Team aku, nak tahu kenalah Klik Kat Sini.
Malam ni na jumpa upline dan downline bincang strategi perniagaan. Kalau tak pergi meeting secara rasmi, kena guna inisiatif meeting sendiri. Bagi Ahli Downline yang mempunyai semangat, komitmen dan impian mencapai kejayaan, mari kita bersama-sama menuju kejayaan. Yakin Boleh.
Sehingga bertemu dilain bicara...
Faidzal Putrajaya 017-2388381
Assalamualaikum,
Hari ini aku sibuk dengan meeting di pejabat. Di samping tu, aku follow up ramai prospek yang telah lama terima VCD testimoni tapi masih menunggu. Memandangkan ramai menunggu untuk gaji di hujung bulan, aku pun mengikut rentak mereka untuk menunggu selepas gaji masuk baru ku follow up lagi. Tengah hari tadi sempat juga aku ke Stokis Bangi mendaftarkan beberapa ahli terutama dari Pahang dan Kuala Lumpur. Aku memang mengutamakan service kepada downline 80:20 seperti yang SIFU2 pernah ajarkan. Utamakan downline 80 % dan 20% menaja. Mana yang memerlukan laman web, aku hubungi seperti biasa Sifu Che Din untuk upload laman web.Pastu nak siapkan packing 3 kotak untuk ahli di Pahang guna pos laju.
Petang tu, Downline, Pn Sharifah telefon ajak jumpa seorang doktor klinik swasta kerana dia dah buat temujanji. Aku meluangkan masa untuk berjumpa doktor tu waktu malam, dalam pukul 8.30 mlam. Aku memang mengutamakan mana2 downline yang berusaha untuk mengembangkan perniagaan dan sekiranya perlu bantuan. Aku umpama jurucakap bagi downline yang ada masalah bercakap dengan prospek. walaupun doktor tu belum membuat keputusan untuk menjadi ahli, tetapi aku rasakan doktor tu berpotensi untuk bersama dalam bisnes ini sebab dia mempunyai positif feedback tentang susu igg ni. Buat masa ini, doktor tu hanya menyarankan kepada pesakit untuk mencuba susu igg dan Pn Sharifah membekalkan susu igg kepada klink tu. Well, sekurang-kurangnya doktor tu nak jualkan susu tu untuk retail profit. Aku akan follow up supaya doktor tu nampak peluang untuk buat duit.
Aku masih menunggu pembayaran oleh bakal ahli yang dah janji untuk mendaftar selewatnya hari Khamis ini. Bagi prospek yang mendaftar awal dari tarikh tu, mereka akan automatik dapat downline. Aku menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. Aku dah iklankan pada prospek tentang ahli yang akan join ni. So terpulang kepada berapa cepat mereka menyahut cabaran ini. bagi pembaca yang belum menyertai Smart Success Team ini, boleh mengisikan maklumat di sini atau hubungi 017-2388381 untuk pendaftaran segera.
Aku dah beli 50 keping vcd kosong untuk burn kan Plan Pemasaran bagi edaran kepada setiap downline yang nak bisness. PENTING supaya mereka tahu bagaimana mengira bonus yang bakal mereka perolehi. Aku akan kerap bertemu dan berhubung dengan ahli menggunakan telefon dan sms untuk perkongsian maklumat.
Kepada downline, gunakan segala peluang yang ada dan sekiranya perlukan bantuan untuk bercakap, buat appointment dan Insyaallah kalau takda temujanji lain, aku akan luangkan masa bersama mereka. Perlu sentiasa ingat, Kacau Upline sentiasa, kalau perlukan bantuan.
Ingat motto yang Sifu2 gunakan.
KEJAYAAN SAYA TANGGUNG JAWAB SAYA.
Aku berbangga kerana pada bulan kedua aku menyertai Smart Naco ni aku mendapat pendapatan 4 angka berbanding 2 angka pada bulan pertama. Sesuatu yang belum pernah aku impikan. InsyaAllah, target untuk jadi Presiden Direktor lagi 3 bulan atau bulan Jun 2006 bakal tercapai.
Bagi pembaca yang nak dapat duit macam yang aku dapat, Klik laman web ni http://www.igg.myniaga.net dah dapatkan VCD PERCUMA.
Dah nak masuk pukul 3 pagi.. kena tidor ni..... lain kali sambung. nak mimpi dapat RM 5 ANGKA lagi 3 bulan